Skip to main content

Pendidikan Kanak-kanak Dalam Islam

Pendidikan Kanak-kanak Dalam Islam | Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Artikel ini membincangkan langkah-langkah awal pendidikan kanak-kanak pada usia muda mereka.Ini keranaendidikan kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka. Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik. Selain itu, artikel ini turut mengetengahkan peranan ibu bapa, guru dan penjaga kanak-kanak dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Mereka memainkan peranan yang amat penting kerana merupakan individu atau kumpulan yang paling rapat dengan kanak-kanak. Artikel ini juga menyentuh tentang akhlak dan moral yang perlu disemai dan diajarkan kepada kanak-kanak dari awal usia mereka seperti menyimpan rahsia, jujur, berkata benar dan berniat baik. Perkara ini penting sebagai langkah awal untuk membiasakan diri kanak-kanak dengan nilai- nilai yang baik dan terpuji dengan harapan mereka dapat menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai tersebut. Di samping itu, turut diselitkan perihal masyarakat dan peranan mereka dalam membina generasi baru yang mengamalkan nilai dan prinsip Islam.




Pengenalan

Dalam kehidupan berkeluarga kita saling mempengaruhi antara satu sama lain, institusi keluarga termasuklah ayah, ibu, adik, abang dan lain sebagainya, dalam berkeluarga seorang pemimpin harus lah melengkapkan keluarga tersebut dengan keperluan asas, setelah terpenuhi barulah kita penuhi dengan keperluan tambahan seperti pendidikan kanak-kanak, pengurursan keluarga, keuwangan, pengurusan perbelanjaan setiap hari, dan termasuk segala hal yang berkaitan dengan kehidupan keluarga, kerana itu adalah salah satu faktor yang penting untuk masa depan keluarga tersebut kelak.

Dalam memastikan pendidikan kanak-kanak berkesan sangat penting juga diberi perhatian kepada suatu proses pendidikan yang meliputi dua proses iaitu pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dilakukan oleh guru sewaktu mengajar dan membekalkan kepada mereka dengan bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan dengan menggunaka metod pengajaran yang dapat membantu mencapai tujuan pendidikan. Manakala dalam proses pembelajaran pula ia merupakan tugas pelajar itu sendiri yang mencakupi kegiatan jasmani yang mana bertujuan untuk mendapatkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru. Jadi, dalam proses pengajaran terdapat kerjasama yang baik antara peranan guru dan pelajar.

Bagi meneyempurnakan kerjasama antara guru dalam proses pengajaran dan pelajar dalam pembelajaran, guru hendaklah menyediakan situasi dan kesempatan yang dapat membantu pelajar memperbaiki kepribadian mereka dan mendapatkan pengetahuan berdasarkan kemahuan sendiri, proses pengajaran tidak akan mencapai tujuannya kecuali disertai dengan usaha dan kemahuan pelajar itu sendiri.

Berdasarkan kenyataan ini, Ibnu Khaldun berpendapat betapa pentingnya memerhatikan perkembangan akal para pelajar dan persiapan mereka menerima perlabagai ilmu yang diajarkan oleh guru. hal ini disebabkan dia yakin proses pengajaran tidak akan membuahkan hasil yang baik kecuali sesudah mempelajari tabiat akal manusia pada pelbagai peringkat perkembangan, ini kerana seorang anak pada peringkat awal kehidupan, mempunyai pemikiran yang belum sempurna. Dia masih belum mampu memahami pengajaran secara sempurna, justeru itu para guru perlu sentiasa mengulangi pelajaran yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang berbentuk sederhana menuju yang lebih sempurna dengan memerhatikan keadaan pelajar.

PENDAHULUAN
Allah adalah pendidik yang paling agung. Setiap manusia yang berakal perlu mengetahui sumber sosial dan falsafah pendidikan yang betul, iaitu al-Quran jika mahu mendidik diri mereka dan anak anak. Rasullullah dapat dilihat sebagai satu contoh yang mempraktikan ajaran al-Quran dalam hidup. Islam juga menegaskan umatnya untuk mencari ilmu dan kebijaksanaan tidak kisah dari mana ianya datang. Kebijaksanaan kehilangan kualiti pentingnya apabila ianya bercanggah dengan peraturan dan prinsip Islam. Islam mengimbangi pendidikan anak anak dan ibu bapa melalui al-Quran, sunah para rasul, dan kebijaksanaan. Jika umat Islam secara umumnya mahu kehidupan yang bahagia, mereka perlu terus mengimbangi prinsip Islam terutama dalam dalam hal kepercayaan anak anak, personaliti, dan masa depan mereka (Soleh, 1993; Izham et al., 2012).
ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA YANG BAIK
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Sebaik-baik ciptaan boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang sentiasa mengakui kebenaran dan berpegang kepadanya. Perkara ini memberi keutamaan kepada manusia untuk mencapai kesempurnaan namun begitu masih ramai yang masih tidak menyedarinya dan menjadi hamba kepada nafsu dan keinginan mereka sendiri seterusnya membuatkan mereka hanyut dan jauh dari kesempurnaan
Sebagai manusia yang merupakan ciptaan terbaik Allah manusia perlu sentiasa melakukan amal dan kebaikan demi menjadi seorang muslim yang sejati. Nilai-nilai kebaikan perlu disematkan dan dididik dari awal usia seseorang itu. Oleh yang demikian amat penting bagi sesebuah keluarga untuk mendidik anak anak mereka dari usia kecil bagi memastikan nilai nilai kebaikan itu terbiasa dalam diri anak anak.

Ibu bapa bertanggungjawab terhadap fitrah anak anak mereka bagi memelihara nilai nilai kebaikan dan keindahan Islam. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga merupakan pendidik utama kepada anak anak. Sebagai pendidik, ibu bapa perlu mengetahui cara yang terbaik untuk mendidik anak mereka dan dalam konteks ini kaedah pendidikan Rasulullah dalam membina anak anak yang mempunyai nilai kebaikan dan daya kerohanian yang tinggi perlu dijadikan model contoh kepada ibu bapa. Daya kerohanian yang tinggi amat penting bagi memastikan mereka tidak cepat terpengaruh dengan perkara luar yang negatif.

Namun begitu, dalam usaha untuk mendidik atau melatih anak anak menjadi muslim yang baik dan sejati, pembentukan sesebuah keluarga itu perlu diambil perhatian. Hal demikian kerana Islam menitikberatkan pembentukan sesebuah keluarga.

Dalam hal ini, isteri merupakan asas kepada sistem pembentukan keluarga juga sebagai sumber kebahagiaan. Hal ini kerana jika seseorang isteri itu baik, maka dia berupaya mendidik anak anak dengan adab dan nilai yang baik seterusnya menghindarkan anak anak dari sifat sifat yang buruk dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh yang demikian, amat penting seseorang lelaki itu mengahwini seorang perempuan yang baik akhlaknya walaupun tidak memiliki paras rupa yang cantik kerana itu adalah lebih baik. Demikian jugalah dengan keluarga atau penjaga seseorang perempuan itu mereka perlu mengahwinkan anak perempuan mereka dengan seorang lelaki yang alim dan baik akhlaknya.

Selain daripada memfokuskan pembentukan keluarga yang betul, Islam juga menyentuh perihal hak, peraturan dan tugas suami dan isteri bagi menjamin kehidupan yang mulia. Suami disuruh Allah SWT untuk mendidik isteri untuk meningkatkan pengetahuan dan pengamalan agama supaya terselamat azab neraka di akhirat. Menurut Imam al-Nawawi didikan agama, nasihat dan teguran dengan cara yang lemah lembut merupakan kaedah terbaik untuk mendidik isteri.

Bukan itu sahaja, suami dan isteri isteri berhak menikmati dan mengecapi kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga. Setiap suami dan isteri berhak mendapatkan ketenteraman, kasih sayang dan kasihan belas yang menjadi matlamat utama kepada ikatan perkahwinan mereka. Implikasi daripada tujuan perkahwinan ini, suami dan isteri sepatutnya sentiasa disuburkan dengan layanan, perlakuan dan pergaulan yang baik sesama mereka supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan bertujuan memastikan hubungan kekeluargaan yang berterusan bagi melahirkan generasi akan datang mejadi muslim yang baik (Jasmi, Kamarul Azmi & Md Salleh, 2007).

Jika matlamat untuk membentuk sebuah keluarga yang betul menurut Islam berjaya dicapai, perkara ini akan memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak anak mereka. Terdapat banyak cara untuk mendidik anak sama ada melalui lisan mahupun perlakuan. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menuturkan kata kata dan perlakuan yang baik dan perkara ini boleh ditunjukkan kepada anak anak dengan berbuat kebajikan kepada ahli keluarga yang lain. Islam menekankan supaya ibu bapa mengekalkan sifat semulajadi anak anak dan membentuknya dengan nilai murni dan kerohanian (Jasmi, Kamaru Azmi & Md. Saleh @ Masrom, 2015).

Selain itu, ibu bapa juga perlu menerapkan perihal penjagaan maruah dan memahami batas pergaulan antara anak lelaki dan anak perempuan sejak mereka kecil lagi. Hal ini amat penting bagi mengelakkan anak anak terjebak dengan pelbagai budaya yang tidak sihat. Sebagai tambahan, dalam mendidik anak anak ibu bapa tidak harus menggunakan kekerasan yang melampau sehingga menyebabkan kecederaan dan menyalahi dengan kaedah pendidikan anak anak yang diajar oleh Rasulullah SAW. Perkara ini kerana melindungi fizikal, mental dan perasaan anak-anak daripada disakiti atau dilukai adalah tanggungjawab ibu bapa (‘Ulwan, 1998b; Al-Maghribi, 2005).
ASAS PENDIDIKAN AKHLAK ANAK
Antara perlakuan baik dan moral yang perlu diajar kepada anak anak antaranya sentiasa menyimpan rahsia, jujur, berkata benar, niat yang baik, menjaga kebersihan, meminta izin, semangat kejiranan dan memberi salam (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002; Jasmi, Kamarul Azmi, Kinan, et al., 2004; Jasmi, Kamarul Azmi, Md. Saleh @ Masrom, et al., 2004; Mohd Azhar et al., 2012).
Sentiasa Menyimpan Rahsia
Sentiasa menyimpan rahsia merupakan satu nilai yang perlu diajar kepada anak anak dalam proses mendidik mereka. Hal ini demikian kerana dengan menyimpan rahsia dapat mendidik anak anak bersikap amanah, jujur dan boleh dipercayai sterusnya membentuk mereka menjadi muslim yang baik akhlaknya. Sebagai contoh kita boleh melihat kisah yang diceritakan oleh Thabit tentang Anas yang merupakan seorang yang sentiasa menyimpan rahsia.

Thabit menceritakan bahawa Anas sememangnya seorang yang amanah dalam menyimpan rahsia sejak kecil lagi. Anas menceritakan kepada Thabit bahawa pernah satu hari Rasulullah memberitahu dan menyampaikan sesuatu kepadanya ketika beliau sedang bermain bersama kanak kanak lain. Walaupun ibunya ada bertanya tentang apakah yang diberitahu Rasulullah SAW namun Anas masih dengan pendiriannya tidak mahu memberitahu kerana itu ialah rahsia antara beliau dan Rasulullah SAW. Ibunya juga berpesan kepadanya supaya tidak memberitahu tentang rahsia itu kepada orang lain. Anas ada berkata jika dia terpaksa membocorkan rahsia itu, dia hanya akan memberitahu kepada Thabit sahaja. Beliau hidup hampir seratus tahun dan telah banyak menyaksikan jatuh bangun sesebuah negara namun tidak pernah sekali pun dia membocorkan rahsia yang diberitahu oleh Rasulullah SAW.

Begitulah betapa amanahnya Anas dalam menyimpan rahsia walaupun usianya masih kecil sehinggalah beliau dewasa. Ibu bapa perlu mengambil iktibar dari cerita ini dan mendidik anak anak mereka supaya menyimpan rahsia (Mohd Azhar et al., 2012).
Jujur
Bersikap jujur juga merupakan satu sifat mahmudah yang perlu diterapkan dalam diri anak anak. Bersikap membawa banyak kebaikan dalam diri seseorang. Namun sebelum mendidik orang lain bersikap jujur, kita mestilah mempunyai sikap jujur terlebih dahulu. Melalui kesedaran hati dan niat yang yang ikhlas kerana Allah SWT, tentunya sikap jujur akan tetanam dalam diri secara automatik.

Menyentuh tentang sikap jujur Rasulullah SAW pernah berjumpa Abdullah bin Yasir dan berkata kepadanya “penkhianat, pengkhianat”. Hal demikian kerana Abdullah telah memakan anggur yang diberikan ibunya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Muhammad Hussain, seorang pemikir Islam yang hebat menjelaskan tentang cerita di atas bahawa tujuan Rasulullah berbuat demikian bukanlah untuk menghina atau menyalahkannya tetapi untuk mengajar anak Abdullah supaya bersikap lebih jujur dan tidak mengulanginya lagi.

Ibu bapa perlulah mengambil iktibar dari kisah ini dan mencari cara yang betul dan sesesuai untuk menanamkan sikap jujur dalam diri anak anak dan mencontohi cara yang diajar Rasulullah SAW kepada kita dalam mendidik anak anak (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002).
Berkata Benar
Pendidik seperti ibu bapa dan guru perlu sentiasa berkata benar kepada kanak kanak dalam usaha untuk membentuk mereka kearah nilai tersebut. Jika ibu bapa dan guru tidak mempraktikkan nilai ini, anak anak akan mengikut tabiat buruk seterusnya menjadi seorang yang suka berbohong dan menipu. Rasulullah SAW juga mengigatkan supaya ibu bapa dan guru tidak menipu anak anak. Hal demikian kerana perbuatan menipu adalah satu tabiat atau perbuatan yang buruk dan biadap.

Bukan itu sahaja, perbuatan menipu anak anak akan membuatkan mereka tidak yakin dengan ibu bapa dan akan menyebabkan mereka sukar untuk menerima nasihat dan didikan. Oleh sebab itu, perbuatan ibu bapa seperti terpaksa atau tidak brcakap benar dengan memberi 1001 alasan yang kadangkalanya tidak munasabah perlu dihindarkan kerana perkara tersebut tidak baik untuk perkembangan anak anak.

Sebagai tambahan, berdasarkan surah Ali ‘Imran ayat 190 himgga 191 dapat difahami bahawa anak kanak perlu diajar mencari kebenaran melalui tafakur. Kesimpulannya, kita semua perlu menerapkan sikap berkata benar terlebih dahulu dalam diri kita sebelum mendidik orang lain untuk berkata benar dan hindarilah sikap menipu dan berbohong (Mohd Azhar et al., 2012).
Niat yang Baik
Niat yang baik bermula dari hati yang bersih dan suci. Oleh sebab itu pentingnya seseorang mempunyai hati yang bersih dari segala penyakit hati agar sentiasa bersangka dan berniat baik. Membersihkan hati dari segala penyakit hati menjadikan manusia stabil dari segi psikologikal dan menjadikan manusia sentiasa menyayangi masyarakat dan berbuat baik sesama mereka. Bukan itu sahaja, syurga akan menjadi balasan kepada mereka yang menyucikan hati dari segala penyakit hati seperti cemburu, penipun, dendam dan bersangka buruk. Selain itu, perlu diingat juga bahawa melakukan maksiat akan menyebabkan hati menjadi kotor dan cara untuk membersihkannya adalah dengan taubat
Menurut imam Nawawi , terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan anak anak melalui hati dengan pembentukan emosi, rohani dan jasmani. Hubungan ini wujud kerana pendidikan akhlak melalui hati merangkumi beberapa aspek antaranya :
(1) keikhlasan dan kehadiran niat hanya untuk Allah
(2) sangat membenarkan ajaran Allah dan rasul-Nya
(3) takut kepada azab Allah di dunia dan akhirat apabila melakukan kejahatan dan berharap kepada syurgan-Nya dengan amalan baik yang dilakukan
(4) menangis kerana takutakan Allah dan rindukan kepada-Nya
(5) taubat, iaitu sentiasa kembali kepada jalan Allah apabila tergelincir daripada jalannya
Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah mendidik anak anak dengan menerapkan pendidikan akhlak melalui hati merangkumi aspek aspek di atas. Hal ini demikian kerana hati berperanan dalam menentukan segala peranan manusia dan dengan cara ini dapat membentuk peribadi anak anak yang mulia sekaligus mengajar anak anak untuk sentiasa berniat baik. Pentingnya berniat baik ini supaya kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik dan menjadikan seseorang itu baik akhlaknya kerana hati yang terdidik dan sentiasa bersangka baik memancarkan tingkah laku yang baik (‘Ulwan, 1998a).
Menjaga Kebersihan
Di dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Kebersihan juga melambangkan keindahan Islam begitu juga dengan penganutnya. Oleh sebab itu semua umat Islam diwajibkan untuk menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Mengambil contoh tempat tinggal, seseorang muslim itu perlulah menjaga rumah mereka dan membersihkannya dari sebarang benda yang tidak menyenangkan. Bukan itu sahaja rumah seseorang muslim itu mestilah bersih, cantik dan memberikan kegembiraan serta keseronokan kepada tetamu. Hal ini seterusnya memberi keselesaan kepada tetamu dan mengangkat nama baik Islam dengan persepsi positif daripada tetamu terutamanya mereka yang bukan Islam.
Seperti nilai dan moral yang lain, menjaga kebersihan juga perlu diajarkan kepada anak anak di usia muda kerana kebersihan adalah bahagian penting dalam ajaran. Mendidik mereka dengan sifat ini menjadikan mereka seorang muslim yang akan sentiasa mengambil berat tentang kebersihan diri, tempat tinggal, pakaian dan lain lain seperti yang dituntut dalam Islam (Yunus, 1978).
Meminta Keizinan
Meminta keizinan adalah tanggungjawab bagi kedua-dua kanak-kanak dan golongan dewasa muslim untuk mengekalkan kesederhanaan dan mengeratkan hubungan sesama. al-Quran mengajar kanak-kanak untuk meminta keizinan, dan mengajar golongan ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka adat ini. Selain itu, kanak-kanak seharusnya perlu meminta izin daripada ibu bapa kerana dalam institusi keluarga Islam, kedudukan keluarga lebih tinggi daripada ekonomi dan politik. Terdapat kandungan dalam al’Quran dan Hadis yang menyuruh umat untuk menghormati kedua ibu bapa.

Sebagai contoh, anak anak perlu meminta keizinan sebelum memasuki bilik ibu bapa. Mereka yang berada di bawah kawalan ibu bapa dan anak-anak yang belum mencapai kematangan seksual, haruslah meminta keizinan untuk memasuki ruang bilikmu tiga kali sehari: sebelum doa al-fajr, sebelum membuka pakaian semasa tengah hari dan sebelum doa isha’a (An-Noor-58). Hal ini demikian kerana sesetengah orang percaya anak-anak mudah hilang perhatian jika mereka melihat bahagian-bahagian tubuh ibu bapa mereka, dan jika dilihat, akan memberi kesan negatif terhadap minda anak-anak ini (Jasmi, Kamarul Azmi, Kinan, et al., 2004; Jasmi, Kamarul Azmi, Md. Saleh @ Masrom, et al., 2004).

Beberapa petikan hadis ada menjelaskan tentang perkara ini antaranya dari petikan Al-Bukhari, Anas berkata” Aku selalu memasuki rumah tanpa keizinan. ” Kemudian Rasulullah SAW berkata“ Berdirilah di mana engkau berada, anakku. Keadaan telah berubah. Jangan memasuki tanpa meminta keizinan. ”

Selain itu, Kaldah ibnul-Hanbal berkata” Pernah sekali aku menziarahi Nabi SAW dan tidak memberinya salam. Kemudian Nabi SAW berkata:‘keluarlah sekali lagi dan ucaplah “assalamualaikum, boleh aku masuk?’ “. Dalam pengajaran ini, Nabi bukan sahaja memberitahu Kaldah apa yang patut dia lakukan, tetapi juga moral-moral yang perlu dipraktikkan

Daripada hadis dan contoh dapat difahami bahawa betapa pentingnya meminta keizinan sebelum melakukan seseuatu. Oleh sebab itu juga ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan sifat ini dari kecil supaya sifat sebegini sebati dalam diri mereka (Nodzari & Jasmi, 2012).
Memberi Salam
Memberi salam menggambarkan kemurahan hati seseorang dan personaliti yang baik. Ayat salam yang baik adalah “asalamualaikum” yang menjadikan orang lain itu berasa selamat, tenang, dan dihormati. Nabi SAW pernah bersabda “berilah salam kepada keluargamu semasa kamu tiba rumah supaya kamu sekeluarga diberkati”. Nabi SAW juga sentiasa memberi salam kepada kanak-kanak, untuk memberi kanak-kanak perasaan bahawa mereka mempunyai nilai sosial. Selain itu Nabi SAW mengajar anak-anak muslim nilai kemanusiaan dan konsep keagamaan yang berguna untuk individu dan komuniti. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya memberi salam kepada orang lain kerana dengan memberi salam kita mendoakan kesejahteraan seseorang.

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka untuk memberi salam terhadap orang lain, menziarahi mereka dan memberi ucap selamat tinggal, untuk membiasakannya dan menjadi satu amalan sosial. Anak-kanak perlu belajar dan diajar memberi salam dan mengucap “asalamualaikum” sebagai satu amalan dan moral yang baik, dan membalas salam adalah satu berkat yang tinggi. Mengajar mereka pada usia awal penting kerana pendidikan kanak-kanak dianggap peringkat terpenting dalam kehidupan seorang manusia. Pada peringkat inilah bermulanya perkembangan dan pembentukan kanak-kanak yang akan mencorakkan kehidupannya yang akan datang samada tergolong dalam golongan manusia yangbaik atau pun sebaliknya. Golongan ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran mengurus struktur perkembangan keluarga. Hal ini adalah untuk membentuk emosi kanak-kanak yang normal di samping melatih mereka untuk menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002).
Menghormati Jiran
Mempunyai semgat kejiranan juga merupakan satu contoh nilai baik yang perlu ditanamkan dalam diri anak anak. Anak-kanak perlu mempunyai budaya etika yang baik terhadap jiran-jirannya. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka sebagaimana Nabi SAW telah menjagar mereka etika. Antara etika yang baik adalah seperti berkongsi penderitaan dengan jiran dan tidak menyakiti mereka.

Nabi SAW pernah bersabda bahawa “ Jika anda membeli buah-buahan, kongsikanlah dengan jiranmu. Tetapi jika anda tidak membelinya, janganlah melihatkan kepada jiranmu, dan janganlah biarkan anak-anakmu membawanya keluar untuk mengejek jiranmu. ” Daripada hadis ini kita dapat mengabil banyak iktibar sebagai contoh, seorang anak tidak boleh membawa makanan keluar dari rumah dan mengejek jiran sebelah yang tidak mempunyai apa-apa makanan atau sedang mengalami masalah kewangan. Sebagai tambahan, anak-anak juga perlu belajar untuk meminta dan menerima kemaafaan. Hal ini sangat penting kerana dapat membuatkan orang itu berasa senang hati.

Kesimpulannya, amalan etika dan moral baik ini menggambarkan keunikan generasi Muslim yang memberi salam antara satu sama yang lain, menghormati sesama, berkongsi, dan tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah.
ASAS PENDIDIKAN KEMASYARAKATAN
Setiap orang yang berada dalam masyarakat Muslim adalah merupakan satu ahli yang bergantung kepada persaudaraan dan kasih sayang, kerjasama dan keikhlasan. Selain itu, sebagai satu keluarga besar, masyarakat Muslim bergantung kepada tiga amalan agama dan moral yang menarik, iaitu memohon kebaikan terhadap saudara muslim yang lain, memberi nasihat kepada muslim yang lain dan solidariti dengan muslim yang lain.
Mendoakan Kebaikan Sesama Muslim
Nabi SAW mengatakan “ Mereka yang percaya saling menyokong Antara satu sama lain seperti bangunan yang kukuh dan kuat. ”Begitulah ibaratnya kekuatan hubungan antara muslim seperti bangunan yang kuat dan kukuh. Jangan disebabkan satu bata yang rosak, bata-bata yang lain pun akan turut rosak. Oleh itu Nabi SAW menekankan kepada umat-umatnya untuk sentiasa memohon kebaikan kepada saudara Muslim yang lain sebagaimana dia memohon kebaikan terhadap dirinya sendiri.

Antara bukti lain yang menunjukkan bertapa pentingnya membuat dan memohon kebaikan teradap muslim yang lain ialah Nabi SAW bersabda “ Aku bersumpah demi Dia yang memegang nyawaku, seorang tidak akan setia selagi dia tidak memohon kebaikan terhadap saudaranya sebagaimana dia memohon kebaikan terhadap dirinya sendiri. Hal ini seterusnya menjelaskan bahawa kita perlu mempunyai dan melakukan kebaikan kepada muslim yang lain

Begitu juga dalam konteks sesebuah keluarga, Ibu bapa perlu berbuat kebaikan kepada anak anak dan begitu juga sebaliknyaSelain itu, anak-kanak diberi penjagaan, pembelajaran dan tunjuk ajar yang sangat baik agar mereka mudah menerima apa yang diajarkan kepada mereka seterusnya melengkapkan diri mereka dengan nilai nilai kebaikan (Jasmi, Kamarul Azmi & Md Salleh, 2007).
Saling Nasihat-Menasihati Sesama Muslim
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Satu cara untuk mengingatkan manusia supaya tidak melakukan kesilapan ialah dengan nasihat. Walaupun kedengaran agak mudah, namun dengan nasihat ianya mampu merubah pendirian dan cara pemikiran seseorang. Namun segala galanya bergantung kepada individu tersebut sama ada mahu menerima nasihat yang diberi atau tidak.

Nabi SAW berkata “ memberi nasihat adalah iman yang teguh. ” Kemudian pengikutnya bertanya “ Kepada siapa untuk dinasihati?”. Dia berkata “ Kepada pemimpin Muslim demi kebaikan Allah, Buku Dia dan Utusan Dia. ”Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu sentiasa menasihati antara satu sama lain tidak kira pangkat dan darjat selagi apa yang dinasihatkan itu mendatangkan kebaikan. Sebagai tambahan, di zaman Rasulullah para pemimpin muslim berjanji kepada baginda untuk memberi nasihat yang ikhlas kepada saudara muslim yang lain, dan mereka berjanji untuk mengekalkan perjanjian ini. Jika diputus, mereka telah melaksanakan satu dosa.

Sebagai contoh Jareer Bin Abdullah berkata “ Aku berjanji kepada Nabi SAW untuk mematuhi Dia dan akan memberi sebanyak mana nasihat aku akan beri kepada saudara Muslim yang lain dan
dia telah memberi banyak nasihat kepada saudara Muslimnya yang lain dan masih berpegang

kepada janjinya itu. Secara total dapat dilihat bahawa menasihati sesama muslim dapat memperbaiki diri antara satu sama lain selain dapat membentuk sebuah hubungan persaudaraan yang lebih utuh.
Mengukuhkan Persaudaraan Sesama Muslim
Solidariti dalam Islam adalah bukti persaudaraan yang setia dan merupakan jalan kepada kasih sayang yang ikhlas, kegembiraan, dan kepuasan Allah. Nabi SAW berkata “ Seorang yang percaya adalah cermin kepada seorang yang percaya, dan dia akan berusaha untuk mempertahankan hartanya. ” Ia juga bermaksud “ Setiap satu daripada kamu adalah cermin kepada saudaramu , jika ada menjumpai keraguan dalamnya, bantunya untuk menghapuskannya”. Apa yang boleh dijelaskan disini ialah Islam menggalakkan umatnya sentiasa percaya mempercayai antara satu sama lain. Apabila sesorang meletakkan kepercayaan janganlah dikhianati kepercayaan itu. Bukan itu sahaja, umat Islam juga perlu membetulkan apa yang dirasakan tidak betul terhadap seseorang muslim yang lain (Jasmi, Kamarul Azmi & Md Salleh, 2007).

Nabi SAW juga pernah bersabda “ Terdapat seorang penjual yang memberi hutang kepada orang. Jika dia menjumpai orang yang berada dalam kesusahan, dia berkata kepada pekerjanya: jangan berikan dia hutang supaya Allah mengasihini aku. Dan Allah mengasihininya kerana tindakannya. ” Ia juga bermaksud “ Amalan yang sungguh baik adalah dengan menggembirakan seorang Muslim yang percaya dengan membekalkannya dengan makanan, pakaian, dan keperluannya. ”Daripada hadis ini, dapat difahami bahawa solidariti mempunyai beberapa bentuk yang menyatukan antara satu sama lain dalam kasih sayang dan penjagaan antranya solidariti secara material, psikologi dan spiritual.

Antara contoh solidariti secara material dapat dilihat dari hadis Nabi sawa, Nabi SAW pernah bersabda “ Dia yang membantu saudara yang percaya akan diselamatkan oleh Allah di akhirat. Dia yang membantu saudara yang bermasalah akan dibantu oleh Allah hingga di hidup yang seterusnya. Allah membantu mereka yang menghulurkan bantuan kepada saudaranya”. Selain itu adalah solidariti secara psikologi. Sabda Nabi SAW “ Mereka yang percaya menyokong Antara satu sama lain seperti mereka adalah bangunan yang kuat dan kukuh. ”Solidariti yang seterusnya adalah solidariti secara spiritual. Mereka yang mempercayainya perlu duduk dan sumbangkan keimanan dan spiritual kepada saudara yang lain supaya mereka dapat maju dengan setia ke jalan Allah.

Sebagai kesimpulan, umat Islam perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Selain itu, umat Islam juga perlu membetulkan atau menegur perkara yang salah dalam diri seorang muslim agar masyarakat muslim menjadi satu masyarakat yang cemerlang dan gemilang.
PENUTUP
Islam amat mengambil berat pelbagai perkara dalam kehidupan seharian seseorang. antranya ialah perihal mendidik anak anak, sifat dan nilai murni ibu bapa dan pendidik, mencari ilmu dan kebijaksanaan serta banyak lagi. Jika seseorang itu mahu kehidupannya sentiasa bahagia, gembira dan aman hendaklah ia beramal dan mengamalkan hukum, prinsip dan asas asas Islam. Islam juga sentiasa menginginkan setiap umatnya hidup harmoni dan berkebajikan sesama manusia
RUJUKAN
‘Ulwan, Abdullah Nasih. (1998a). Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam (Vol. 1-3). Kuala Lumpur.
‘Ulwan, Abdullah Nasih. (1998b). Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam (Terj.) (Vol. 1-3). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Al-Maghribi, al-Magribi al-Sa‘id. (2005). Kayfa Turobbi Waladan Solihan (Beginilah Seharusnya Mendidik Anak; Panduan Mendidik Anak dari Masa Kandungan hingga Dewasa). Jakarta: terbitan Darul Haq.
Izham, Azril, Amin Harun, Muhammad Syukri, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012, 22 September 2012). Mendidik Anak-Anak di Zaman Moden. Paper presented at the Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi, Kamaru Azmi, & Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. (2015). Sayang! Didiklah Kami dengan Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2002). Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Solihin. (Master), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Jasmi, Kamarul Azmi, Kinan, Norina, Md Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani, & Mustari, Mohd Ismail. (2004, 7-9 December 2004). Tahap Amalan Tatacara Kehidupan Beradab Islam di Kalangan Mahasiswa Islam Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Paper presented at the International Seminar on Islamic Thoughts, Bangunan Pentadbiran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Md Salleh, Siti Fauziyani. (2007). Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang. Skudai Johor Bahru: Penerbit UTM.
Jasmi, Kamarul Azmi, Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani, Mustari, Mohd Ismail, & Afgani @ Eusoff, Yendo. (2004). Pembentukan Tatacara Kehidupan Beradab: Keperluan Asas Kanak-kanak Islam. Paper presented at the Simposium Kebangsaan Kanak-kanak Menurut Perspektif Islam.
Mohd Azhar, Nur Aziza, Zolkifli, Nurnasyitah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012, 22 September 2012). Pembentukan Nilai Peribadi kepada Anak-anak. Paper presented at the Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.
Nodzari, Nurul Hamiza, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Kajian Teks Sifat Beradab Dari Perspektif Pendidikan menurut Al-imam Al-nawawi Dalam Kitab Riyad Al-salihin. (Bechelor’s), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Retrieved from http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2012_10540_3da08ee6fcbd45c3a9f3b1e0298b44ba.pdf
Soleh, Hassan. (1993). Asas Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yunus, Qamaruddin. (1978). Pedoman Hidup Berkeluarga Menurut Islam. Kelantan: Pustaka Aman Press.

Comments

Popular posts from this blog

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak | pendidikan awal untuk kanak-anak atau anak kita amatlah penting dan tersangat penting untuk membentuk tingkah laku dan pemikiran yang bijaksana dan mulia, oleh itu terdapat beberapa univiversiti (IPTA/IPTS) menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak. Anak-anak atau kanak-kanak adalah permata negara,jika dibentuk dari awal sudah pasti akan jadi pemimpin berwibawa dan karakter mereka akan terserlah. Pengenalan :- - Perkhidmatan Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia bermula pada tahun 70an lagi oleh Kemas dan Jabatan Perpaduan. Pendidikan prasekolah adalah komponen penting dalam merealisasikan falsafah pendidikan negara. (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung 1979) " kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya,jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya" KEPEN